Friday, June 30, 2006

wah tinggal setengah tahun je lagi?

pernah aku merasa takjub masa di bumi asing ini pantas berlalu. sekelip mata saja. sudah setengah tahun berlalu. kemudian setahun berlalu. dan kini.. tinggal setengah tahun saja lagi. aku masih belum puas hidup di bumi asing ini tapi masa terus berlari...

...maka tinggal la 6 bulan saja lagi untuk aku hidup di bumi asing ini. bumi asing yg tetap asing. walau aku sangat selesa di sini, hingga kerap kali aku pasti aku tidak mahu meninggalkan bumi asing ini. tapi bumi ini ttp asing. =)

kehidupan di bumi asing ini terlalu indah buat aku. paling indah. walau apa pun yg terjadi. bersinar matahari di bumi asing ini dengan tawa ku. basah juga bumi asing ini dgn air mata ku. berhembus angin di bumi asing ini dengan senyumku. bergetar juga bumi asing ini dengan amarah ku. ianya tetap indah. tersemat di hati.

kehidupan di bumi asing ini amat berharga buat ku. kehidupan yg asing buat aku. asing tapi berharga. harganya di bayar dengan persahabatan. dengan gelak tawa. dengan ketidakpastian. dengan air mata. dengan kita bertukar menjadi aku, kau dan dia. berbaloikah? runtuhnya pautan hati hati yg pernah berdiri tegak. ahh...mungkin benar. asasnya tidak kukuh. maka runtuh la ia. biarlah. kenangan itu tetap berharga.

6 bulan saja lagi aku berpeluang menghirup udara bumi asing ini, insyAllah. musim bunga paling indah telah berlalu. musim panas sudah separuh berlalu. akan datang musim luruh yg penuh kemungkinan. dan berganti musim salju yg membeku hati. ahh... beku sudah hati ini sejak berlalu nya musim bunga lepas..

6 bulan ini akan pantas berlalu. sekelip mata. air mata ku pasti tumpah lagi. bumi asing ini akan ku tinggalkan. bersama kenangan yg ku bawa pulang. indahnya musim bunga lalu. musim panas yg aku lalui sendirian. musim luruh yg tiada kepastian. musim salju yg menjadi saksi.

walau mungkin kita bertemu lagi.. kehidupan aku di bumi asing ini tak kan sama lagi.

aku pasti bandar selatan ini tak kan ku jejaki lagi. tak mahu aku kembali ke bandar selatan yg indah ini. biarlah kenangan di sini berhenti saat aku meninggalkan bandar selatan ini. bandar selatan ini menjadi saksi. tawa ku. tangis ku. senyum ku. marah ku. ahh indahnya hidup ku di bandar selatan ini. hidup yang indah bagai srikandi di bandar selatan ini. Srikandi Selatan.

6bulan lagi. kehidupan indah di bumi asing ini akan berakhir. aku tinggalkan hati hati yg pernah menyentuh hidup ini. terima kasih. kerana menemani kehidupan aku di bumi asing ini.

bumi asing ini akan terus menjadi saksi. aku tangisi pemergian ku...pada musim salju akan datang. hadiahkan aku musim salju yg putih bersih. hadiahkan aku musim salju indah di bumi asing ini. tangiskan aku salju... temani pemergian ku di musim salju yg membeku... ahh hati ku akan terus membeku walau musim salju akan berlalu...

ah mengapa gundah? musim salju akan tiba bila sampai gilirannya. kini giliran musim panas. walau sudah separuh berlalu... matahari masih bersinar, memancar terang dan hangat... walau kini sinar matahari tidak lagi seceria dulu... tidak lagi seindah musim panas lepas. hargai lah sinaran matahari yg kini memancar...kerana mungkin... musim panas tak kan tiba lagi... matahari tidak akan bersinar lagi...

will there be no more sunshine to steal.... i hope not...

1 comment:

Miss Aini said...

i still remember
there's a classic malay song
sang by saloma i guess, which goes:
"saat yang bahagia, datang sekejap saja... "
Walaubagaimanapun,
eheheh, saat yg tak dikehendaki, e.g lecturer yg slalu bg kte penin, blalu begitu lambat skali...