Sunday, June 11, 2006

Dugaan buat kita.

Ya Allah, kuatkan hati kami. Seluruh cohort kami. 123 hati-hati kami.


Sejak berlepas ke luar negara, UK/Aussie/NZ, berita pemergian insan2 tersayang ke rahmatullah tidak putus diterima. Dugaan buat kami di perantauan. Isnin lepas ayah seorang dari kami telah pergi meninggalkan dunia ini. Doaku buat dia. Tabahkan hati mu. Moga roh Ayahanda mu dicucuri rahmat.

Buat sahabat-sahabat yg telah kehilangan insan tersayang, ketahuilah berita duka diterima dengan hati yg sebak. Bukan aku saja, malah oleh semua. Hanya doa yg mampu ku berikan. Moga hati2 kita tabah. Tenang meneruskan perjuangan jauh beribu batu dari meraka tercinta. Yang pergi tetap pergi. Yang tinggal harus terus hidup. Menunggu waktu.

Setiap kali berita sebegini ku terima, setiap kali itulah jantung ku terhenti seketika. Serentak itu airmata ku mengalir. Tidak terbayang aku di situasi itu..pasti...

Gelap.

Kabur.

Kelam.

Ya Allah..Aku lemah...jangan duga aku sebegitu...aku tak mampu. terlalu berat buatku. terlalu hebat buat hamba Mu yg lemah ini. Amin.

....airmata srikandi gugur lagi....

No comments: