Thursday, March 24, 2005

di saat hati dan jiwaku kosong

hey peeps... thats all i can think of..poor me, left alone in my room, with nothing to do. all i can think of is my trip to exeter tmrw and me going to london on sunday morning, i mean early morning, 4am. go to bed early and get out of bed around 2.30am..catch the taxi and then catch the bus. whats after that is totally out of my control...i just hope and i pray hard that we will be alrite..come home in one piece, safe and sound.

i make some karipap today..proud of myself. it taste good..though it doesnt look very nice.need lots of practice.. before i can sell itto my frens here. still hav nothing in my mind. lets think about what to cook tonite.. bubur nasi, ikan bilis goreng pedas..sayur?mkn sayur apa ye?? masuk skali dlm bubur arr..carrot, potato, something green, ok arr tu..sedap gak...heheh am i making u hungry? well thats my intention..heheh...

i think thats all for now. im on holiday now.. 2weeks. nothing in my plans yet apart going to london for 5days..may be make more karipap..and that means more trip to asda!!! huray....

Friday, March 18, 2005

malaysian night??

hie there.. i'm suppose to write bout the international nite..malangnyer.. international nite itu telah bertukar menjadi m'sian nite..sebab kitaorang jer yg rock the show. memang gempak lahh..show went on perfectly..flaws tu ader arr.. tapi sket2 tu biasa arr kan. memang syok abis arr..kitaorang menari lagu sakura, sammi cheng, and kurik kundi. i can't think because i am so hungry.... aku pun tak tau arr nak tulis apa lagi.. kitaorg buat fashion show, silat show, and dikir barat..mek sal ngan mek woo yg jadi tukang karut..pendikir ngan instrument player pun rock abis...towards the ending tu rasa the spirit come alive. memang rock arr..aku pun tak reti nak jadik desriptive sejak2 pandai evaluative ni.. aper tah lagi sudah expert menginteperative... tah ape2 dah jadik nyer.. sesuka ati dah ni..lain kali jer arrr sambung lagi

Wednesday, March 16, 2005

aku masih anak melayu

Mungkin aku kini berada di bumi orang, mungkin aku kini aku belajar bahasa asing, mungkin aku belajar adat budaya asing, dan mungkin aku akan pulang ke tanah air mengajar anak bangsa sendiri untuk bertutur, menulis dan membaca bahasa asing.. tapi aku tetap anak melayu...selama ini aku tidak pernah menunjukkan atau meluahkan rasa hati...tapi ini lah aku.. bagi aku, apa yg aku lakukan kini cuma mengikut perubahan masa.

memang benar aku dapat B untuk bahasa Melayu, dan A untuk bahasa Inggeris,tapi siapa pernah dengar luahan hati aku..orang kata aku anak orang putih celup.. tak malu ke aku dengan anak cina yang dapat A untuk bahasa Melayu..abang aku ajar bahasa Melayu pada anak bangsa.. tapi adik nya... itu semua tidak pernah melunturkan kemelayuan aku!Aku tetap anak Melayu...

memang benar aku di negara asing menuntut ilmu hingga ada yg kata 'nak ajar budak sekolah rendah cakap orang puteh pun kena blajar sampai luar negara ke? dlm negara ni tak ada orang ke yg boleh ajar?' aku pernah kata pada seorang teman...kalau setakat nak suruh 'mak cik liz ajar kitaorang ni classroom investigation atau nenek rock cathy tu ajar language across the curiculum, baik kerajaan import je diaorang ke Malaysia, lagi murah apa...tapi pengalaman hidup di negara orang, pengalaman menyaksikan betapa berbezanya sekolah kita dari di sini, pengalaman untuk survive di saat ketiadaan segala galanya, itu yang berharga...itu yg akan dibawa pulang selain segulung ijazah dengan markah cemerlang...

dulu aku pernah kata yg aku bangsa Malaysia..ya benar kita bangsa Malaysia, kita hidup aman damai, tapi aku cikgu...aku mesti ajar anak2 murid aku adat budaya Melayu...supaya bila aku tiada nanti, anak2 ini masih boleh meneruskan adat budaya Melayu...kita hormat sesama bangsa, kita hidup aman damai..kawan2 aku terdiri dari pelbagai bangsa..aku bukan obsess pada bangsa sendiri, cuma sekarang aku lihat ramai anak bangsa Melayu menganggap adat kita lapuk dan ketinggalan zaman..itu lah seninya, sireh junjung yang aku buat tadi mungkin moden, tapi itulah adat budaya..sayang ya kalau adat ini mati begitu sahaja...

lagu yg bergema dalam hatiku

KURIK KUNDI
(Pak Ngah/Nurul Asyiqin)

(
1)
Nak berkabar tingginya budi kita ya tuan
Nak berkisah kaya tutur bicara
Kalau tinggi untung jadi bintang
Oh... oh... oh...oh...
Kalau rendah masih jadi intan

(Solo)
Teratak mahligai bak dipayung teduhnya
Bila budi melingkar anak asuhan
Adat yang lama berbudi berbahasa
Akar kehidupannya

(Ramai)
Yang kurik tu kundi
Yang merah saga
Baik budi indahlah bahasa
Oh... oh... oh...oh...
Pantun lama tinggi kiasannya

(Solo)
Berpantun seloka sambil menari canggung
Serentak melangkah rentak timur diarak
Gurau senda
Sopannya dijaga
Sepakat makin kukuh terikat

(Ramai)
Hang dok pi hang dok mai
Lagu tu lagu mana
Pi sini pi sana depa menghela sakan
Awatlah dok kalut megah condong ke barat
Mai kita...

(Ramai)
Pakat tarik ramai-ramai
Biar ke timur condongnya....(tu kah)

Ulang (1)

(Perak)
Ada...O...ada E...
Bunyinya tidaklah serupa
Erti tidak berbeza

Betui yong betui sungguh
Betui ape di kate

Selembut tarian hoi...
Nak muda berlotah
Tutur bahasanya

Maghi yop maghilah yong
Maghi kita memikio
Parit dengan kuala
Cakap tidak serupe...(ateh)

Dihitung beratus-ratus bilangan
Digali beratus-ratus terpendam
Di lubuk yang mana
Tak terjangkau ingatan
Makin dibontar makin banyak yang terpendam
Di sini ibunya

Tersurat kurik itulah kundi
Tertulis merah itulah saga
Saga dalam lagu pada indah syairnya
Kundi dalam tarian
Indah lenggok tarinya
Aduhai indahnya

(Negeri Sembilan)
Mana usang diperbarui
Mana lapuk hai dikajangi
Mana elok dipakai ondeh dipakai
Kalau singkat cantik manis
Disambungkan...
Kalau panjang cantik manis...
Minta dikerat...(yo lah)

Yo sungguh yo bonar
Kato sungguh dikato

Muafakat ya tuan
Ibu adat ya ondeh tidak dilupa

Tak boghodat
Minum tidak bergula
Tak bobudi
Pohon tidak berbuah
Tak boghodat
Minum tidak bergula
Tak bobudi
Bagai pohon tidak berbuah

Yang kurik tu kundi
Yang merah saga
Baik budi indahlah bahasa
Oh...oh...oh...oh...
Pantun lama tinggi kiasannya

(Kelantan)
Cantik manis hai bila berkata
Hai lapik berkias
Molek sungguhlah wei
Santun lakunya wei merendah suara
Bagai berpayung wei rasa teduhnya...

(Ramai)
Teghtek teghning oghe kito
Hok tu keno jago
Jange sampa berlete kale
Luar napok come jange dale
Habih kuca lembe
Luar napok come
Jange dale habih kuca lembe

(Sabah)
Membubutlah bayu
Lalu limpas siring semalu
Mengalai bagai tari sesuku
Tari sesuku

(Sarawak)
Selembut madah begitu taghi
Sek ada sakit ghasa di hati
Kame` nyambut madah tuan hulurkan
Kita` nyambut madah kame` hulurkan

(Ramai)
Nak berkabar tingginya budi kita ya tuan
Nak berkisah kaya tutur bicara
Kalau tinggi untung jadi bintang
Oh... oh... oh...oh...
Kalau rendah masih jadi intan

Yang kurik tu kundi
Yang merah saga
Baik budi indahlah bahasa
Oh... oh... oh...oh
Pantun lama tinggi kiasannya



Sesungguhnya ini adalah salah satu lagu melayu yg membuatkan aku bangga dengan diri sendiri...membuatkan aku menghargai yang aku kaya dengan adat budaya, serta budi bahasa. mungkin sebab aku dalam bidang bahasa, minat aku lebih kepada bahasa...aku suka lagu ini..tapi ini adalah adat yang paling jelas dan paling mudah hilang. namun, takkan Melayu hilang di dunia...

apa nak jadi tau

hello people..

untuk blog pertama ini, saya akan menggunakan bahasa melayu... bukan apa sekadar mengingatkan yg saya masih belum lupa asal usul. dan untuk blog pertama ini juga saya akan menceritakan kisah saya dan kawan2 membuat persiapan untuk international nite..bermula lah kisah sejarah yg akan ku perturunkan kepada anak muridku suatu hari nanti..

kisahnya bermula dengan semangat ingin memperkenalkan budaya melayu serba sedikit kepada orang2 putih kat sini. maka, terbit lah idea nak buat sireh junjung...mana lah aku nak cari sireh?? kat Kl pun kena beli kat kedai india. dua malam sebelum mlm persembahan, kami memulakan operasi mencari dan mencuri (kat negeri peti sejuk ni, petik memetik daun boleh kena saman..jadi terpaksa lah mencuri)daun...nak di jadikan cerita, daun yg kami nak ni ada betul2 depan fakulti kami.. aku lah yg mula2 perasan daun ni..dari minggu pertama lagi. nak ditambah sikit lagi ajinomoto..keliling kolej ni ada banyak CCTV. lebih kurang pukul 9.45mlm, kami keluar dari rumah menuju ke kawasan kolej...sampai kat sana..macam2 gaya ada..aku rasa orang putih tengok pun pelik..apa gila lah budak2 malaysia ni..malam2 buta bergaya tgh padang..borak tepi tiang, lalu kat situ berkali kali.. apa di buatnyer..hehehe..lawak jugak lah..bila rasa cam dah cukup tu, kitaorang pun balik lah...dengan harapan tak payah nak pegi mencuri lagi. balik tu aku ngan julie, lex, doreen, and shanu pun potong daun tu supaya bentuk dia sama dengan daun sireh..pas tu, cucuk terus kat span. malangnyer...tak cukup!! nampak gayanya, esok kena buat lagi lah.. alamak...

keesokkan harinya, kami lalu kat tempat operasi malam tadi, alamak..nampak habis daun tu kena petik...tak profesional langsung...kantoi habis!!! aduh..malam ni nak kena buat operasi lagi.. nasib baik malam ni ada rehearsal penuh..ramai sikit kroni nak buat jahat.tanduk dah nak kluar, tpi perut plak berbunyi2..aduh laparnyer.. esok jer lah aku sambung lagi...esok dah malam persembahan.mungkin hari seterusnya aku tulis satu lagi menatang alah ni.. sekian untuk kali ini...