Friday, July 22, 2005

menyusun dunia..

hmm..what a title for today's blog!! nak tunggu waktu subuh sambil mengeringkan peluh setelah berjaya berjalan pegi dan balik dari ASDA tetengah malam buta ni.. hebat ekk duk kat UK ni. dulu kalau memalam begini lepak kat warung kat bangsar, minum fresh oren ngan makan nasi goreng kampung...[abang opie!!balik nanti bawak kitaorg jalan2 lagi ekk]tapi bila duk kat UK ni, memalam begini.. turun naik bukit, meredah semak samun ke ASDA untuk membeli belah..siap beli telor, tepong, gula..ehh macam2 la ada!! sbb takde org kat ASDA tu, kitaorg pun sempat la buat keje gile sket2. main bola dulu seround dua.. aku ajak budak2 ni wat race trolly..tapi terbantut akibat kesesakan lalu lintas ngan trolly pekerja ASDA yg gabak2 tu. ngeee...saje je wat kerja keji setelah berjaya meng-squeeze otak mendapatkan ayat untuk presentation next monday.

tadi abah ada cerita pasal kejadian terbaru di bumi asing ini. hmm ntah la..takut plakk aku nak cerita kat sini.selepas 2 kejadian letupan di kota london, aku semakin malas nak kluar rumah. aku nak pegi city centre..nak beli barang sket. next week birthday aku, and seperti tahun2 sudah, aku nak masak la untuk budak2 ni. hmm korang..aku masak speget je bleh?? tgkla kalau aku terasa berani nak jejak city centre.

hari ni aku habiskan dgn meng-digest artikel menyusun dunia tu..lagi aku baca, lagi berserabut otak aku. lagi tak tersusun ada.. sowee la, otak aku ni simple jer, tak leh nak pening2 ni. ahaks.. sbb tu results aku pun simple jer.ngeee..[now i know the reason...ahaksss]

apa la yg aku tulis hari ni, tak de isi pun. as if im writing for the sake of writing but at least its a good practice. journal n reflection for the day.hmm oklah aku nak tido dulu sbb esok aku nak sambung proses menyusun dunia lagi... [ada je explode anak abah yg sorang ni...ngeee!!!]

No comments: