Friday, August 19, 2005

huh..malam ni aku nak jiwang!!

hmm tiba2 aku terfikir.. pasal hati dan perasaan.. tiba2 hati perempuan aku tersentuh. tiba2 saja...aku teringat kisah lalu. tiba hati menjadi sayu..

sedikit pun aku tidak nyesal akan tindakan aku itu.. malah ia telah menjadikan aku lebih matang.. sejak itu la aku hidup dalam realiti, sejak itu la aku menjadi lebih dewasa.. telah ku tinggalkan impian budak2 itu...[hehe malu la nak cakap... childish giler ok??] untuk meniti hari dgn lebih matang!dan aku tidak pernah menyesal walaupun sesekali ku toleh jua ke masa lalu.. dan berderai jua la airmataku..

tadi mereka bercerita tentang sejarah lama.. hmm bila ku kira2..sekali itu la aku betul2 bercinta.. ku tanam impian setinggi gunung, tapi tak kemana pun..terlalu jauh perjalanan itu, terlalu bnyk rintangannya.. kubiarkan ia pergi, walau berkali kali ia muncul semula dihati...berkali kali ia cuba kembali.. dan berkali kali itu juga la aku buang perasaan itu dari hati.. hmm kejam ekk aku pada diri sendiri? tapi itulah aku..

kalau nak diikutkan telah lama ia berlalu...tapi kisah itu masih berlanjutan.. ntah bila ia akan tamat. sebelum aku jejak kaki ke bumi peti sejuk ni, pernah ku janji dalam diri, akan kulupakan kisah lalu.. mulakan hidup baru. jauh ku tinggalkan kenangan itu tapi ia masih menghantui ku.... 3 bulan..ia muncul kembali... berderai lagi airmata ini.. hampir ku terperangkap semula di dalam mimpi indah itu...tapi aku tak perlu lama untuk menyedari itu semua mimpi..

kuatkanlah hati mu eqin.. percayalah eqin..dan percayalah sayangku.. percayalah ia hanya sebuah mimpi indah yg tak mungkin menjadi kenyataan..

what we had was real..but it wasnt meant to be...im sorry!

sejak itu juga, aku takut untuk membuka hati ini... mungkin belum masanya, walau ada yg pernah mengetuk pintu hati ini... tapi sampai bila? ntahlah..tak kupunya jawapan untuk soalan itu.. buat masa sekarang, aku bahagia...dgn teman- teman seperjuangan.. dengan keluarga aku disini.. buat masa depan, nanti la...tunggu masa depan la aku fikir..yg pasti bukan hari ini dan hari esok..

kenangan itu terlalu indah untuk ku lupakan begitu sahaja...ia akan terus mekar disudut hati.. menjadi peringatan dikala aku terlupa..

Sayangku, namamu masih terdetik di hati, tapi sekadar ingatan tulus ikhlas..doa ku untuk mu, agar meniti hari dgn senyuman, agar hidup ini menjanjikan segala kegembiraan buat mu.. percayalah, tiada dendam di hati ini.. maafkan aku kerana memilih untuk hidup sendiri... mimpi itu terlalu indah.. terlalu indah sehingga ku rasa ia hanya mimpi di alam fantasi.. maafkan aku sayang....

semoga hari esok menjanjikan seribu lagi kebahagian buat diri ini dan juga diri mu...semoga hari esok mematangkan aku untuk meniti hari seterusnya.. semoga hari2 seterusnya dilalui dengan senyuman manis.. =) tanpa deraian airmata...

tidur la sayangku..semoga mimpi mu menjadi kenyataan walaupun tanpa aku... kerana aku pasti, mimpi itu ada untukku walaupun tanpa dirimu...

the easy part of life is to find someone to love, the hard part is to find someone to love you back, and the hardest part is to find someone to love you for the sake of GOD...

No comments: