Thursday, April 21, 2005

Kenangan terhebat abad ini..

April,21 2005, Marjon. Sekumpulan pelajar TESL di luar negara mengadakan sambutan Maulidur Rasul di perkarangan rumah meraka.
Seramai 25 orang pelajar TESL tajaan KPM yang sedang menyambung pengajian di College St. Mark and St. John, Plymouth, mengambil inisiatif sendiri mengadakan sambutan Maulidur Rasul sempena mengingati hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Sambutan yg sederhana itu diisi dengan bacaan selawat, jamuan ringan (ringan? perkataan ini perlu di ganti...), aktiviti riadah(main bola yg baru beli kat ASDA), solat Maghrib berjemaah dan bacaan Yassin. Sambutan tersebut turut dihadiri oleh kawan2 bukan Islam dan 2 orang pelajar tajaan MARA yg turut belajar di kolej tersebut. Paling menarik, sambutan ini diadakan di perkarangan rumah akibat ketiadaan ruang yang boleh menampung jumlah pelajar yg ramai dalam satu2 masa. Jamuan juga diadakan secara piknik di bawah pokok. Aktiviti dan usaha seperti ini perlu dipuji (cepat2..sape nak puji!!!).
Walaupun mereka berada jauh dari tanah air dan dalam kesibukan menuntut ilmu (sibuk..assignment tgh bnyk ni!!!) masih sempat mengingati hari kebesaran Islam. Dato Hishamuddin, Menteri Pelajaran berkata, bakal guru seperti inilah yg hendak kita lahirkan, yg bukan sahaja diiktiraf dari segi akademik (sebab tu ler dihantar ke obersea...)malah tidak melupakan pembangunan rohani dan jasmani. Pengarah IPBA,(sibuk je nak enterframe) yg melakukan twining programme dengan Marjon, melahirkan rasa syukur apabila mendengar bahawa pelajar yang dilahirkan IPBA mengamalkan sikap wasatiah.
pergghhh kat Malaysia tak gini...tapi itu lah yg syok nyer..benda yg tak leh buat kat malaysia ler kena buat kat sini. gambar bulan depan baru bleh upload..bulan ni dah penuh..sori arr..k c u later

No comments: