Wednesday, March 16, 2005

aku masih anak melayu

Mungkin aku kini berada di bumi orang, mungkin aku kini aku belajar bahasa asing, mungkin aku belajar adat budaya asing, dan mungkin aku akan pulang ke tanah air mengajar anak bangsa sendiri untuk bertutur, menulis dan membaca bahasa asing.. tapi aku tetap anak melayu...selama ini aku tidak pernah menunjukkan atau meluahkan rasa hati...tapi ini lah aku.. bagi aku, apa yg aku lakukan kini cuma mengikut perubahan masa.

memang benar aku dapat B untuk bahasa Melayu, dan A untuk bahasa Inggeris,tapi siapa pernah dengar luahan hati aku..orang kata aku anak orang putih celup.. tak malu ke aku dengan anak cina yang dapat A untuk bahasa Melayu..abang aku ajar bahasa Melayu pada anak bangsa.. tapi adik nya... itu semua tidak pernah melunturkan kemelayuan aku!Aku tetap anak Melayu...

memang benar aku di negara asing menuntut ilmu hingga ada yg kata 'nak ajar budak sekolah rendah cakap orang puteh pun kena blajar sampai luar negara ke? dlm negara ni tak ada orang ke yg boleh ajar?' aku pernah kata pada seorang teman...kalau setakat nak suruh 'mak cik liz ajar kitaorang ni classroom investigation atau nenek rock cathy tu ajar language across the curiculum, baik kerajaan import je diaorang ke Malaysia, lagi murah apa...tapi pengalaman hidup di negara orang, pengalaman menyaksikan betapa berbezanya sekolah kita dari di sini, pengalaman untuk survive di saat ketiadaan segala galanya, itu yang berharga...itu yg akan dibawa pulang selain segulung ijazah dengan markah cemerlang...

dulu aku pernah kata yg aku bangsa Malaysia..ya benar kita bangsa Malaysia, kita hidup aman damai, tapi aku cikgu...aku mesti ajar anak2 murid aku adat budaya Melayu...supaya bila aku tiada nanti, anak2 ini masih boleh meneruskan adat budaya Melayu...kita hormat sesama bangsa, kita hidup aman damai..kawan2 aku terdiri dari pelbagai bangsa..aku bukan obsess pada bangsa sendiri, cuma sekarang aku lihat ramai anak bangsa Melayu menganggap adat kita lapuk dan ketinggalan zaman..itu lah seninya, sireh junjung yang aku buat tadi mungkin moden, tapi itulah adat budaya..sayang ya kalau adat ini mati begitu sahaja...

No comments: